Nuffnang Ads

Monday 15 July 2013

PUDING ROTI

ASSALAMUALAIKUM...

Hai... Selamat menjalani ibadah puasa yang ke 6..
Sekejap jer kan..dah masuk 6 hari kiter berpuasa..
OK la.. puasa2 nie penat nak celoteh panjang2.. aku masukkan resepi puding roti... sangat simple, senang.. agak yummy pada tekak ku ini ye hihi...

(pic ehsan daripada en.google.. aku nyer pic cam nie dah tak tau pi mana hahaha)


Bahan:

A:
500 ml susu segar/susu cair (aku gna susu segar jer)
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter (cairkan)
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C:
Kismis hitam
Coklat chip

Sos Kastad:
300 ml susu segar
2 sdb tepung kastad
2 sdb gula

CARA:
1. Panaskan Oven 175-180 celcius
2. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
3. Campurkan bahan B dan gaul rata.
4. Masukkan kismis dan coklat chip. Tuangkan kedalam loyang yang telah digris dengan butter.
5. Bakar pada suhu 175-180 celsius selama 30min ke 45 min.. ataupun sehingga masak.

6. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
7. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

(semasa sesi membakar.. puding roti nie korang akan nampak dia naik mengunung.. mesti best kan.. cam bakar kek..sekali dah masak..bawa keluar oven..dia turun kekeke~ cam tu la kejadian puding roti nie ye.. jangan salahkan diri sendiri
nie la hasil puding roti nyer... potong.. masuk bekas siap2

nie plak sos kastad.. dimakan bersama2 puding tadi ahaha..
Selamat mencuba ye..
Sekian...

No comments:

Post a Comment